Tuesday, January 6, 2009

Let Study : Kod Etika AADK


Ada 5 Kod Etika AADK yang nak kena kita faham. Ikutkan tiap-tiap bulan kita baca ikrar ni masa perhimpunan. Tapi kenapa payah benor nak kita ingat. Jom kita baca lagi.


1. Mendukung visi dan misi AADK sebagai satu amanah.

apa ni ya.. bukan setakat hafal je.. nak kena faham.. ini penjelasannya


  • Memahami matlamat dan aspirasi organisasi untuk mewujudkan masyarakat bebas dari dadah.

  • Menjadikan tugas dan tanggungjawab sebagai satu amanah yang mesti dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

  • Berinovatif dan boleh memberi idea baru yang boleh membawa kepada perubahan/pembaharuan bagi mempertingkatkan kualiti organisasi;

  • Menyesuaikan diri dengan tugas dan sentiasa mengutamakan kepentingan organisasi

  • Mematuhi segala polisi prosedur serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasi.

  • Tidak menyalahgunakan segala kemudahan dan sumber organisasi.

Enough for tonight. We continue later when i'm free..

No comments:

Post a Comment